Myspace Cursors @ JellyMuffin.comMyspace Layouts & cursors

Sunday, November 14, 2010

Implikasi Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Nilai Harta Tanah Kediaman

Secara teori, nilai harta tanah kediaman adalah fungsi kepada ciri-ciri fizikal, lokasi, kejiranan, dan persekitaran harta tanah berkenaan. Kesan faktor persekitaran, khususnya pencemaran air, terhadap nilai harta tana, walau bagaimanapun, masih kurang dikaji di Malaysia. Adakah pencemaran air memberi kesan terhadap nilai harta tanah dan dengan itu diambil kira oleh pembeli dalam membayar harga rumah? Objektif kajian ini ialah untuk menyelidiki kesan pencemaran sungai terhadap nilai harta tanah kediaman dengan memilih beberapa taman perumahan di Johor Bahru sebagai kajian kes. Di samping itu, faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilai harta tanah juga diambil kira dalam kajian ini. Kawasan kajian yang dipilih terletak berhampiran dengan sungai tercemar. Peta digital digunakan sebagai asas untuk memilih lot-lot harta tanah kediaman yang mungkin menerima kesan pencemaran sungai menerusi teknik penimbalan GIS. Bagi membolehkan analisis penimbalan dilaksanakan, data transaksi harta tanah kediaman di kawasan kajian diintegrasikan ke dalam perisian Arc View 






3.1. Dua pembolehubah alam sekitar (rumah yang terletak kurang daripada 200 meter dan rumah yang terletak di antara 200 dan 500 meter di sepanjang tebing sungai tercemar) dibentuk untuk mengetahui kesan pencemaran sungai ke atas nilai harta tanah kediaman. Maklumat ini kemudiannya dimasukkan ke dalam perisian SPSS untuk tujuan pemodelan regresi. Hasil analisis mendapati bahawa harta tanah kediaman yang menerima kesan pencemaran sungai dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harta tanah yang bebas daripada pencemaran. Oleh itu, terdapat bukti bahawa pembeli rumah mengambil kira mutu alam sekitar dalam transaksi harta tanah kediaman. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk menyiasat kesan pelbagai aspek pencemaran alam sekitar terhadap nilai harta tanah kediaman di kawasan-kawasan perumahan yang lain. Kata Kunci: Nilai Harta Tanah, Harta Tanah Kediaman, Pencemaran Sungai, Kualiti Alam Sekitar, GIS, Analisis Regresi

No comments:

Post a Comment